aku bagaikan
berada di atas menara yang tinggi.
dengan duri-duri menahan perjalananku.
dengan ketinggian menolak visi penglihatan.
bukan menara tinggi puteri berambut panjang.
bukan menara berduri puteri beradu
tetapi menara tinggi ego aku sendiri.
tetapi menara duri dari bungaku yang tertutup ketat.
bantu aku.
aku mahu lari dari sini.
aku mahu bebas dari menara ini.
aku mahu turun dan menjejakkan kakiku
ke tanah hijau di bawah sana.
aku mahu rasakan
embun-embun ketenangan di celah jari-jari kecilku.
aku mahu
diselamatkan.
tolong selamatkan aku.
tetapi dalam masa yang sama
aku bagaikan menambah bata tinggi ke langit
aku bagaikan menyiram air menajamkan duri.
aku bagaikan selasa dengan ketinggian menara ini
aku bagaikan seronok dilindungi dengan duri-duri tajam ini.